2.4.19

DOA DIMAKBULKAN

Alhamdulillah ..... doa aku dimakbulkan Allah ... memang menjadi satu impian untuk si anak bersama sama dengan ibubapanya menuju ke rumah Allah dan bersama sama menjalani ibadah umrah dan sandainya berpeluang ... menunaikan fardu Haji... Tahun ini aku kembali ke tanah haram bersama sama ayahanda dan bonda ku serta bonda mertua ku ... 


dengan keuzuran yang sedia ada ayahanda hanya mampu menunaikan umrah di atas kerusi roda yang dibeli di Madinah kerana tidak langsung menyangka yang ayahanda tidak larat untuk bergerak cergas sejak sebulan yang lalu.... aku bertukar tangan dengan hero aku untuk menolak kerusi roda ayahanda walaupun ramai tukang tolak kerusi roda memberikan khidmat mereka untuk dibantu dan dibayar upahnya ... Biarlah kami menolak kerusi roda ayahanda dalam kepayahan terutama semasa mendaki bukit Safa dan Marwah ... Terasa seronok walaupun ternyata ada keletihannya...  
kami selamat pulang dan ayahanda bergegas dihantar ke PPUKM  untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya ...