30.4.15

jalan jalan cari papar

nenek dan anak dara

sesi makan sekeluarga ... makan besar dan di sponsor oleh suami ipar

melawat ayah dan ibu suami ipar di Papar

santai selepas solah jumaat

sejak tahun 2001 di sinilah tempatnya untuk mencantas dan dicantas

camera tua

walaupun baru berusia 7 tahun dan dikira tua

masih boleh digunakan setelah lama berjasa

syurga di bawah tapak kaki ibu

bonda ku masih gah di usia sebegini dan sememangnya beliau antara ibu yang tabah menghadapi karenah suami dan anak anaknya .. tiada yang dapat dinilai di dunia ini yang boleh dibalas akan jasa keringat dan pengorbanan bonda ku ini ... biarpun emas segunung dan wang ringgit bergedung tiada apa yang mampu setanding dengan kudrat bonda selama menjaga suami dan anak anaknya ... sebenarnya tiada kata yang dapat dilorekkan dan diutarakan dalam mengenangi akan pengorbanan bonda..  maka seadanya usia ini disitulah kesempatan yang ada untuk menceriakan bonda walaupun seketika dan tidak semanis gula... bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberi peluang untuk aku mencurahkan bakti dan mengembirakan bonda hingga ke hari ini...

HERO 2015

time makan di kerusi
sekian lama makan berduduk terpaksalah kali ini makan di kerusi

so far so good

hero dan hero

BIRTHDAY ABAH KE 73 TAHUN

ATUK CHIK .... SELALU HADIR DI MAJLIS ABAH

ABANG LONG DAN ABANG LONG

SHOPPING TIME

bila baby dah start boleh duduk di troley 

semua macam dulu balik...14 years ago
LDP DI PAGI HENING...

17.4.15

gelagat baby

seronok dapat makan luar
menanti waitress

ordering
PANTANG NAMPAK TISU DEPAN MATA
SEMUA NAK TENGOK DAN AMBIL TAHU..


 MINTA DIKENDONG








16.4.15

POKOK NONA DARI SABAH SESUDAH SETAHUN DI TANAM


Pokok nona atau nama saintificnya ANONNA RETICULATA yang dibeli di Kundasang, Sabah ini buahnya berwarna kuning dan tidak seperti buah nona yang biasa kedapatan yang berwarna hijau atau merah. Kemungkinan besar buah nona ini telah dikacuk untuk menjadikan buahnya berwarna kuning. Biji dari buah ini banyak dan mudah disemai di tanah. Tanah hitam yang dibeli di Tesco pun boleh digunakan untuk menyemai biji benih pokok nona ini. Dari berpuluh biji buah nona ini hanya 5 pokok sahaja yang hidup. Mungkin faktor cuaca semasa yang panas menyebabkan ia tidak begitu subur. Dengan tiada hujan lebih 3 hari dan pokok tidak disiram air, pokok nona ini akan layu.
Dengan pembajaan seminggu sekali dan tanah hitam Tesco serta dengan izinNya, pokok nona yang ke lima sudah mula berbunga selepas setahun ditanam dari biji benihnya.

MAHKOTA DEWA VS BAKAWALI

Dalam banyak banyak anak pokok mahkota dewa yang abah ku tanam, hanya pokok mahkota dewa  ini sahaja yang mampu bertahan. Pokok yang lain menjadi korban penangan tahi kucing yang membuang di pasu pokok abah ini. Justeru itu misi menyelamatkan pokok ini telah dilakukan setelah abah aku kerap pulang ke Muar tatkala Pak Long aku gering. Benih pokok mahkota dewa ini abah aku ambil dari rumah Pak Utih aku di Changkat Ibol, Perak. Nama botani pokok mahkota dewa ini adalah PHALERIA MACROCARPA. Buahnya telah habis dipetik tapi tidak sempat dibuat minum kerana setelah dibiarka kering selama 4 hari ia mula dijangkiti oleh cendawan putih.

Pokok bakawali dengan nama botaninya Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae ini adalah pemberian staff klinik yang bapanya menanam terlalu banyak pokok ini di depan rumahnya. Setelah ditanam dalam setahun barulah pokok ini mula berbunga dan bunganya kuncup sepanjang hari melainkan tepat jam 12 tengah malam baru bunga bakawali berkembang penuh.

setelah menunggu dalam 15 minit bunga bakawali tetap berkembang. Memandangkan jam sudah pukul 12.30 tengah malam dan esok kena bertugas maka ditinggalkan fenomena yang menarik ini. Niat di hati mahu tunggu berapa lama ia berkembang sebab jawapannya hanya anggaran dari mereka yang tahu mengenainya.
bau bunga bakawali kami ini tidak lah ketara sangat sebab mungkin ada 2 bunga sahaja tak tahulah kalau ada banyak bunga baru ada keharumannya.
Yang ini di waktu siang hari , bunga bakawali akan kucup sekucup kucupnya ... berpasangan dengan pokok mahkota dewa.

GIVI box DAN YAMAHA LAGENDA 115Z ALONG

Setelah memilik Yamaha Lagenda 115Z, anak sulung aku minta pula dibelikan GIVI Box untuk diletakkan helmet dalamnya. Bengkel siap beritahu yang memasangnya terlalu leceh tapi dengan selamba dan confident nya aku memasangkan dengan sendiri tidak sampai 3 jam. Cuma touching untuk memasang fender tu aku terbantut sekejap, nasib baik anak sulung aku pandai memasangnya.

 Dengan adanya kenderaan sendiri anakku dapatlah mengurangkan beban aku ke hulu dan ke hilir. SEkejap masa berlalu... dari walker ke basikal dan seterunya ke motorbike...

abah ku di usia 73 tahun

sempat untuk aku meraikan ulang tahun kelahiran abah ku yang ke 73 di rumah walaupun tat kala itu agak sibuk dengan tugasan harian .... dari 8 orang anak 5 sekeluarga yang hadir ... tahun bertuah kerana selalunya hanya 4 sekeluarga yang hadir.. dengan kehadiran Atuk Chik yang hanya berselang 5 tahun dengan abah aku dapat jua memeriahkan suasana yang ada... 

Atuk Chik yang tinggal di bukit antarabangsa sanggup meluangkan masa bersama abah dan mak aku selepas pulang dari umrah 3 minggu lepas. Banyaklah cerita yang dikhabarkan dan cadangan yang Atuk Chik berikan bagi sesiapa yang mahu mengerjakan umrah... Tahun 2016 kalau di izinkanNya aku dan isteri akan menunaikan rukun ke 5... abah dan mak dalam waiting list untuk tahun ini...
 special sikit sebab ada 2 kek dalam satu jamuan
 cucu sahaja yang boleh menemani atuk abah sebab anak anak semuanya ada commitment sendiri

4.4.15

2.4.15

URI BABY


BABY DAY 4 OF LIFE

PRINTHEAD HP 890

printhead berharaga RM 480.00
sebenarnya harga tidak menjadi masalah cuma yang pelik bin ajaibnya harganya setengah harga beli printer ni... dah tanya customer service person in charge ... dimaklumkan bahawa printhead ni only available and made in singapore... tx dok kat Malaysia.. so have to order first ... printer ni bukan calang calang berat nx dipikul .... end of the day kena gak bawa ke service centre sebab diorang need to print serial number of printer ..... sometimes we feel weird because of the spare part price is expensive.. tapi itulah hakikatnya berniaga ... tu sebab nowadays banyak promosi for trade in machine sebab kalau nx dibandingkan dengan harga beli dengan maintainance... lebih bagus beli yang baru... Printer sekarang pun especially hp even we use genuine cartridge lebih setahun dah kacau bilau warna nya...


GST bermula


 barang yang pertama dibeli tanggal 1hb April 2015 
bermulanya GST.. kena charge RM8.60