sempat untuk aku meraikan ulang tahun kelahiran abah ku yang ke 73 di rumah walaupun tat kala itu agak sibuk dengan tugasan harian .... dari 8 orang anak 5 sekeluarga yang hadir ... tahun bertuah kerana selalunya hanya 4 sekeluarga yang hadir.. dengan kehadiran Atuk Chik yang hanya berselang 5 tahun dengan abah aku dapat jua memeriahkan suasana yang ada...
Atuk Chik yang tinggal di bukit antarabangsa sanggup meluangkan masa bersama abah dan mak aku selepas pulang dari umrah 3 minggu lepas. Banyaklah cerita yang dikhabarkan dan cadangan yang Atuk Chik berikan bagi sesiapa yang mahu mengerjakan umrah... Tahun 2016 kalau di izinkanNya aku dan isteri akan menunaikan rukun ke 5... abah dan mak dalam waiting list untuk tahun ini...
special sikit sebab ada 2 kek dalam satu jamuan
cucu sahaja yang boleh menemani atuk abah sebab anak anak semuanya ada commitment sendiri