16.4.15

POKOK NONA DARI SABAH SESUDAH SETAHUN DI TANAM


Pokok nona atau nama saintificnya ANONNA RETICULATA yang dibeli di Kundasang, Sabah ini buahnya berwarna kuning dan tidak seperti buah nona yang biasa kedapatan yang berwarna hijau atau merah. Kemungkinan besar buah nona ini telah dikacuk untuk menjadikan buahnya berwarna kuning. Biji dari buah ini banyak dan mudah disemai di tanah. Tanah hitam yang dibeli di Tesco pun boleh digunakan untuk menyemai biji benih pokok nona ini. Dari berpuluh biji buah nona ini hanya 5 pokok sahaja yang hidup. Mungkin faktor cuaca semasa yang panas menyebabkan ia tidak begitu subur. Dengan tiada hujan lebih 3 hari dan pokok tidak disiram air, pokok nona ini akan layu.
Dengan pembajaan seminggu sekali dan tanah hitam Tesco serta dengan izinNya, pokok nona yang ke lima sudah mula berbunga selepas setahun ditanam dari biji benihnya.