bonda ku masih gah di usia sebegini dan sememangnya beliau antara ibu yang tabah menghadapi karenah suami dan anak anaknya .. tiada yang dapat dinilai di dunia ini yang boleh dibalas akan jasa keringat dan pengorbanan bonda ku ini ... biarpun emas segunung dan wang ringgit bergedung tiada apa yang mampu setanding dengan kudrat bonda selama menjaga suami dan anak anaknya ... sebenarnya tiada kata yang dapat dilorekkan dan diutarakan dalam mengenangi akan pengorbanan bonda.. maka seadanya usia ini disitulah kesempatan yang ada untuk menceriakan bonda walaupun seketika dan tidak semanis gula... bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberi peluang untuk aku mencurahkan bakti dan mengembirakan bonda hingga ke hari ini...